Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 30, 2015

#PRKRompin : MANGSA KEBAKARAN KG. AUR BERSYUKUR BANTUAN KERAJAAN







Lawatan DS Hishamuddin Husein ke Kg. Aur, Bukit Ibam Rompin meresahkan pembangkang sehingga pencacainya melakukan berbagai fitnah dilaman media sosial.

Mereka membina persepsi untuk menimbulkan kemarahan rakyat kononnya bantuan yang kerajaan berikan adalah bermotifkan politik.

Untuk makluman En. Yusof Awang mengalami bencana apabila rumahnya terbakar hampir 8 bulan lalu. Memangnya susah pihak kerajaan untuk memberikan bantuan secara biasa atas beberapa alasan dan kekangan tertentu kerana rumahnya dibina secara haram diatas tanah kerajaan dalam rizab sungai.

Bagaimanapun sempena lawatan Menteri Pertahanan ke kampong berkenaan dan mendapati beliau dalam kesusahan maka DS Hishamuddin menghulurkan bantuan melalui saluran bantuan dari angkatan tentera dengan mengerahkan anggota ATM melakukan pembinaan dibawah program 'Jiwa Murni'.

Bagi membina semula rumah berkenaan, seramai kira-kira 60 anggota tentera telah mencurah khidmat baktinya dalam anggaran masa 5 hari untuk menyiapkan rumah berkenaan. Usaha ini juga dibantu oleh seramai 10 orang tenaga pelajar dan pengajar dari Institute Kemahiran Mara.

Temubual kami dengan mangsa telah memberikan penjelasan bahawa mangsa sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan yang diberikan. Sememangnya bukan mudah untuk memberikan bantuan pembinaan perumahan terutamanya kepada mangsa atas sebab tapak tanah adalah diatas tanah rizab sungai milik kerajaan.

En Yusof Awang juga merayu pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab agar berhenti dari menyebarkan sebarang fitnah mengenainya dilaman media sosial.


~ Editor.




0 comments:

share2