Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 12, 2015

#PRKRompin: CALON ORANG MUDA ANTARA PILIHAN TERBAIK


Petaling Jaya: Walaupun mempunyai ramai calon berkelayakan, Umno Bahagian Rompin mengalu-alukan pemilihan golongan muda yang hebat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 5 Mei ini.

Setiausahanya, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, walaupun mereka berharap calon yang dipilih dari ahli jawatankuasa Umno bahagian tersebut, calon muda juga penting demi masa depan parti.

"Pemimpin tua yang berkemampuan memang ramai tapi calon muda yang boleh diketengahkan untuk masa depan parti kita alu-alukan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Bagaimanapun Wan Kadri berkata, Umno bahagian itu akan mengadakan mesyuarat Ahad ini dipengerusikan pemangku ketua bahagian, Datuk Hassan Ariffin untuk membincangkan mengenai persiapan jentera parti dan ciri-ciri calon yang difikirkan sesuai untuk disenarai pendek.

"Kita hanya boleh beri pandangan tetapi keputusan (calon) akan ditentukan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

0 comments:

share2