PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Ia berikutan kedua-dua pemimpin terbabit didakwa tidak membawa suara akar umbi, sebaliknya hanya memainkan peranan politik popular dalam pakatan pembangkang. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya hanya akan mendengar sebarang pendapat, nasihat atau desakan diketengahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang dan Dewan Muslimat negeri itu.
0 comments:
Post a Comment