Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 29, 2015

BENTONG: PROGRAM I-TALENT CUNGKIL BAKAT BARU SUKAN BELIA OKU


Dalam mencari bakat baru sukan dikalangan belia OKU, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong telah mengadakan sebuah program iaitu Program I-Talent 2015 Peringkat Daerah Bentong.


Program ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Saga, Bentong pada 27 April yang lalu. Belia belia OKU Daerah Bentong telahpun berkumpul di dewan ini seawal  jam 8.00 pagi lagi.

Di dalam program ini, belia belia OKU ini diuji melalui ujian fizikal seperti membaling bola, berlari, melompat serta keseimbangan badan.



Walaupun program ini dibuat seara sederhana namun sambutannya amat menggalakkan. Belia belia OKU ini merasa gembira kerana diberi peluang mencuba aktiviti yang disediakan menerusi program I-Talent ini. Malah mereka berharap program ini dapat diteruskan lagi dimasa masa akan datang.

0 comments:

share2