Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 30, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : SANDIWARA PAS DAN DAP



Pemimpin dan ahli UMNO jangan terperangkap dengan lakonan pakatan pembangkang dalam isu hudud. Pas dan DAP konon bergaduh dan pertahankan pendirian masing-masing. Pas konon pertahankan Islam manakala DAP pertahankan hak kaum Cina.

Sandiwara ini bukan perkara baru. Ianya adalah cerita lama dan dilakonkan semula. berkali-kali... dan akan berkali-kali lagi nanti. Bukan baru sekali Pas dan DAP bertentang sesama mereka. Pas sendiripun demikian juga, umum tahu setiap kali hampir pilihanraya umum atau kecil, setiap kali itulah juga mereka konon memperjuangkan dan perkatakan tentang hudud.

Untuk tidak membuatkan DAP 'murka', Pas Kelantan dah maklumkan bahawa hukum hudud di Kelantan hanya dipakai untuk orang Islam sahaja, maknanya undang-undang sivil yang dianggap sekular masih digunapakai untuk orang yang bukan Islam. Maknanya Pas juga masih mengiktiraf undang-undang sivil?

Sepatutnya jika Pas benar-benar perjuangkan Islam dan perlaksanaan hukum hudud, ianya biarlah satu... satu undang-undang atau kanun atau hukum untuk semua. Tapi kenapa Pas ingin laksanakan hudud dan dalam masa sama masih iktiraf undang-undang sivil yang sedia ada?

Jawapannya adalah, Pas terlalu takutkan DAP. Untuk menegakkan hukum Islam pun Pas mensti mendapat kebenaran DAP. Apakah hukum Islam yang Pas ingin laksanakan itu juga harus mendapat restu 'saudara' kafir harbi nya?

Semakin lama semakin jelas bahawa perjuangan Pas tidak kesampaian. Hanya bagai anjing menyalak bukit atau bagaikan ayam, kokok berdegar-degar, ekor bersempalit najis.






0 comments:

share2