Kini tiba musim UMNO bermesyuarat. 1,106 Cawangan dari 14 Bahagian UMNO Negeri pahang akan mengadakan Persidangan Cawangan masing-masing. Dulu, pemilihan AJK Bahagian dan Ahli Majlis tertinggi dipilih diperingkat berkenaan. Namun untuk mengelakkan 'politik wang', pemilihan kini ditentukan di peringkat cawangan.
Ini satu 'undeng-undeng' yang bagus, kerana jika 'politik wang' hendak diamalkan, ianya memerlukan banyak wang. Semua akan mendapat... sama rata dan sama rasa. Bagaimanapun adalah mustahil 'politik wang' dapat dihapuskan sama sekali, pasti ada cara dan kaedah tertentu untuk dilakukan. Pasti 'ruyung' akan dipecahkan untuk mendapat 'sagu'nya.
Apa yang penting, kita sebagai ahli hendaklah menjalankan tanggung-jawab kita dengan ikhlas, jujur serta amanah. Apabila memlilih, pilihlah calon yang ikhlas, jujur serta amanah juga. Namun kadang-kala memang bukan senang untuk memlilih kerana bukan sedikit calon yang hanya pandai berpura-pura. Justeru, kita sebagai pemilih hendaklah lebih bijak...kerana hanya 'jauhari mengenal maknikam' ...bukannya 'mutthu yang mengenal maniam'.
Seperkara yang penting adalah, parti UMNO mesti terus dirakyatkan untuk terus kekal relevan. Bukalah pintu UMNO seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja menyertainya kerana ada laporan dicawangan-cawangan ada yang menolak penyertaan kerana bimbang jawatannya akan tergugat.
Bukan sedikit juga dicawangan-cawangan ada yang Ayah jadi Ketua Cawangan, Emak Ketua Wanita, anak lelaki Ketua Pemuda dan anak perempuan Ketua Puteri. Semua ingin dibolotnya seolah-olah UMNO adalah hak keluarga mereka. Itu juga antara sebab kenapa UMNO jadi semakin mengecil dan susah mendapat cukup korum setiap kali mengadakan persidangan cawangan. Kerana itulah sebanyak 20 cawangan UMNO dibatalkan kerana tidak cukup keahlian.
Apakah maknanya kita jadi Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen jika parti kila kalah dan kita jadi pembangkang? Namun tidak ramai yang peduli tentang ini kerana apa yang kita inginkan hanyalah keuntungan peribadi.
Bukan sedikit juga pihak yang mengharapkan akan sentiasa ada pertandingan dalam setiap kali pemilihan. Bahkan mereka sanggup mencipta pertentangan untuk mendapat sedikit faedah dari perlawanan berkenaan. Mungkin mereka terlalu berpegang kepada kata; 'jong pecah, yu kenyang'.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment