Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ERTI PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU



Malam kelmarin telah berlangsung satu perhimpunan umat Melayu yang dinamakan Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Perhimpunan itu telah mengimbau kembali saat awal mencetus kemerdekaan negara dimana umat Melayu telah bersatu dan bermaufakat untuk menentang Malayan Union.

Mungkin anak-anak muda zaman ini kurang mengerti erti kemerdekaan kerana mereka telah semakin jauh dari zaman nenek moyang mereka dijajah. Mereka tidak merasai sakit dan peritnya jiwa bangsa yang dijajah. Mereka semakin jauh dari merasai bagaimana hina rasanya diperhambakan ditanah air sendiri.

Ada pihak yang memperlekehkan kemerdekaan kita kononnya tidak indah sebagaimana Indonesia yang menumpahkan darah. Namun kemerdekaan cara kita adalah menunjukkan bahawa pemimpin kita sangat prihatin dan bijaksana yang dapat menang dimeja perundingan tanpa perlukan perjuangan dimedan perang.

Banyak kisah perjuangan dan perpaduan Melayu yang mungkin tidak tercatat secara jelas dalam sejarah. Bagaimana bangsa Melayu telah berjuang sejak zaman Portugis dan Belanda menawan Melaka. Sejak British dan Jepun menakluki Tanah Melayu.

Orang Melayu telah bangkit berjuang sejak lama dulu kerana mempertahankan tanah air kita. Kaum lain hanya datang sebagai pendatang yang ingin mencari kehidupan tanpa ada rasa kecintaan kepada tanah air ini.

Kerana itulah ketika kita berjuang menentang penjajah, mereka tidak bersama-sama kita, bahkan kehadiran mereka disinipun adalah dibawa oleh kaum penjajah.

Perhimpunan Melayu baru-baru ini membuktikan kecintaan umat Melayu khususnya anak-anak muda kepada bangsa dan tanah airnya. Kita tidak mahu dijajah sekali lagi dan kita juga tidak mahu menjadi bangsa yang bangsat dibumi sendiri.


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2