Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 27, 2015

TEMERLOH: PPDNKK RAMPAS 988 TONG GAS LPG


KPDNKK


Bahagian Pengkuatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (PPDNKK) Cawangan Temerloh berjaya merampas 988 tong gas LPG dalam serbuan berasingan di daerah ini dan Maran semalam kerana melanggar peraturan bekalan stok.

Ketua bahagian itu Ahmad Fitri Ali berkata jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM306,760.

"Dalam serbuan di pekan Lancang, berjaya merampas sejumlah 900 tong gas dengan 250 buah berisi gas LPG dan yang kosong 650 buah. Dalam serbuan itu seorang lelaki berumur 40 tahun dan seorang pekerja lelaki dan sebuah treler telah ditahan.

"Manakala dalam serbuan kedua pada 5 petang di Felda Jengka 12, Maran pula, sebanyak 88 tong berisi gas LPG dirampas dan seorang lelaki berumur 40 tahun turut ditahan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan ketiga pada 6 petang di Taman Perindustrian Mentakab di sini, sejumlah invois dan resit jualan gas LPG telah dirampas dan disita, katanya. 

Ahmad Fitri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi kesalahan membuat pengisytiharan yang meragukan (memberikan maklumat palsu) dan mengikut Peraturan 13 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 974 bagi kesalahan pemborong gagal menyelenggara buku stok.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM3 juta atau tiga tahun penjara, manakala bagi syarikat didenda RM5 juta.

Beliau meminta orang ramai memberi maklumat kepada PPNKK sekiranya mengetahui atau mendapati ada peniaga yang menyeleweng terutamanya bertujuan menaikkan harga barang, untuk diambil tindakan.

0 comments:

share2