Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 5, 2015

TEMERLOH: HARGA PATIN KEKAL RM15 SEKILO


Koperasi Penternak Ikan Patin Temerloh tidak bercadang menaikkan harga ikan sungai itu walaupun kini berdepan kekurangan bekalan kerana musim kemarau.

Pengerusinya Abu Hanifah Majid berkata setakat ini, anggota koperasi itu masih menjual ikan patin pada harga RM15 sekilogram.

"Jika ada yang menjual dengan harga mahal, mungkin mereka bukan anggota koperasi," katanya pada Rabu.

Abu Hanifah yang juga Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan Temerloh turut mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan patin sesuka hati walaupun ia bukan barang kawalan.

"Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan...kos menternak seekor ikan patin sehingga matang 6 bulan hanyalah sebanyak RM8 sahaja," katanya.

Beliau turut meminta penternak yang masih belum mendaftar sebagai anggota persatuan dan koperasi, supaya berbuat demikian kerana pelbagai manfaat menanti mereka termasuk diberi bantuan bekalan benih ikan, makanan ikan serta peralatan.

Sumber

0 comments:

share2