Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 26, 2015

[RAUB] TANAH AINA - DESTINASI AGRO PELANCONGAN MENAKJUBKAN

Tanah Aina Farrah Soraya


Oleh Azam Abd Rahman


PahangKu Media dipelawa untuk bersama media arus perdana dalam 'Fam Trip' Melawat Tanah Aina Farrah Soraya, Raub pada 22hb Mac 2015 lalu anjuran Tourism Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Freaser).

Tujuan program adalah untuk membantu memperkenalkan 'Tanah Aina Farrah Soraya' sebagai destinasi pelancongan negeri Pahang, khususnya di Raub.

Kami seramai 22 orang dari TV3, RTM, Berita Harian, STAR, Bernama, Metro, Nanyang Siang Pau dan PahangKu Media telah menyertai program berkenaan.

Peserta berkumpul di Pusat Penerangan Pelancongan Pahang sebelum menaiki bas menuju destinasi melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Jarak dari Kuantan 220 KM dan mengambil masa 2.30 ke 3.00 jam perjalanan. Tanah Aina Farrah Soraya ini terletak di jalan lama Bentong - Raub atau kira-kira 16 KM dari pekan Raub.

Sesampai di pintu masuk ke Tanah Aina, kami terpaksa meninggalkan bas kerana jalan masuk yang sempit serta memerlukan penggunaan kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke penginapan. Walaupun perjalanan menaiki pacuan 4 roda cuma sejauh 2 KM, namun ianya tetap memberikan kami satu pengalaman yang menarik.

Jam 12 tengahari kami tiba di Tanah Aina Farrah Soraya, kami dihidangkan minuman 'Selamat Datang' sebelum dibawa ke restoran untuk menikmati hidanagan makan tengahari.

Restoran yang terletak ditepi sungai dengan deruan air mengalir deras serta bunyi riang-riang memberikan satu perasaan yang sangat memberikan kesan didalam hati kami. Kami merasakan berada disuatu tempat ditengah hutan di alam semulajadi.

Kami diberikan penginapan 'Dormitori' yang memuatkan seramai 8 orang sebilik. Bilik air diluar, namun ianya kekal bersih dan dijaga rapi.

2.30 petang kami dibawa ke Air Terjun. Kami meredah hutan dan menyeberangi sungai untuk sampai ke tempat yang dituju. Walaupun perjalanan kurang dari 30 minit namun hujan yang turun membuatkan perjalanan kami tidak sepantas sepatutnya.

Kami tidak dapat melupakan pengalaman terjunan setinggi 18 kaki di lubuk yang dianggarkan sedalam 20 kaki. Ada sebahagian peserta yang merasa gayat dan gagal melakukannya. Ini adalah antara mengatasi 2 ketakutan, iaitu takut kepada ketinggian dan takutkan air. Bagaimanapun, bagi yang berjaya mengatasinya, mengulanginya berkali-kali lagi.

Selepas makan malam, kami dibawa menyertai aktiviti 'Night Walk'. Walaupun aktiviti ini tidak berapa menarik, kerana kami hanya berada disekitar kebun durian, namun ianya dapat mengisi kekosongan ketika malam malam dengan suasana ditengah hutan rimba dengan bunyi-bunyian serangga.

Selepas sarapan pagi, kami dibawa untuk aktiviti 'Flying Fox'. Sebagaimana aktiviti terjunan di air terjun, tidak semua yang berani dan dapat melakukan aktiviti ini. Ianya menguji keberanian terhadap ketinggian dan kelajuan terbang diudara.

Sebelum bertolak pulang, kami dihidangkan dengan makan tengahari sekali lagi. Masih ada sedikit masa untuk mandi manda di sungai dan bermain dengan ikan-ikan yang dipelihara di scantuary. Kami pulang dengan membawa satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Terima kasih kepada Tourism Pahang dan Tanah Aina.



Peserta dihidang makan tengahari




Restoran ditepi sungai yang jernih


Ke bilik penginapan




Dormitori dimana peserta menginap






Pandangan dibahagian belakang dormitori


Bilik air yang cantik dan bersih


Trekking ke air terjun


Tubing






Terjunan 18 kaki dari aras air














Chalet






Pandangan dormitori diwaktu malam




Makan malam




Aktiviti flying fox




Perjalanan pulang dengan truck









2 comments:

  • paridah says:
    March 27, 2015 at 10:21 AM

    NK COPY RENCANA N PICNYA YA..TQ.

  • editor says:
    March 27, 2015 at 9:53 PM

    Silakan Pn Paridah jika sukakannya - Editor

share2