Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 31, 2015

SELEPAS EDITOR, 'ORANG PENTING ' TMI PULA DITAHAN


Selepas editor, 'orang penting' TMI pula ditahan


Shah Alam - Selepas menahan editor portal berita The Malaysian Insider (TMI), polis hari ini turut menahan penerbit The Edge yang memiliki kepentingan dalam TMI, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq mengikut Akta Hasutan.

Kedua-duanya ditahan mengikut akta itu kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan susulan penahanan tiga editor TMI semalam. 

Kay Tat merupakan penerbit dan CEO kumpulan The Edge Media Group, yang memiliki kepentingan dalam TMI. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu menerusi laman mikro Twitternya @KBAB51.

"PDRM sahkan jam 1100 pagi ini telah tahan dua orang lagi kakitangan TMI untuk bantu siasatan.

"Tiada toleransi kepada sebarang aktiviti menghasut," katanya.

Semalam, tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan and Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Mereka ialah editor urusan, Lionel Morais, editor berita edisi Melayu, Amin Iskandar dan editor rencana, Zulkifli Sulong.

0 comments:

share2