Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 23, 2015

PELANCONG JUGA JADI MANGSA BULI JALAN RAYA


Pelancong juga jadi mangsa buli jalan raya


Miri - Seorang pelancong wanita warganegara Perancis diserang oleh seorang pemandu wanita tempatan yang mengamuk selepas disuruh berhenti kerana hampir berlaku perlanggaran.

Menurut sumber, kejadian berlaku 11 pagi semalam ketika wanita Perancis berusia 44 tahun bersama ibunya sedang membuka bonet kenderaan.

Pemandu wanita berkenaan yang berada di sebelah kereta pelancong tersebut berundur dan dikatakan hampir terlanggar ibu wanita Perancis tersebut.

Tindakan pelancong Perancis berkenaan yang kemudian menjerit menyuruhnya berhenti menyebabkan pemandu wanita tempatan tersebut marah.

Berdasarkan sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial 
Facebook, wanita tempatan berkenaan mengunakan payung untuk memukul pelancong tersebut.

Pelancong tersebut juga dilaporkan diludah dan cedera di kepala.

Sementara itu, laporan Bernama dipetik, polis Miri sedang memburu wanita berkenaan.

0 comments:

share2