ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Satu kampung menjadi premis jualan. Melangkah masuk dari pintu gerbang hingga ke hujung kampung, kiri kanan jalan menyajikan pemandangan syurga membeli belah bagi mereka yang mahukan sesuatu pada harga termurah.
Rambang mata jadinya apabila melihat ke kiri dan kanan jalan masuk ke Kampung Bumiputera Dalam di Rengit, Batu Pahat, kerana pelbagai barangan daripada bersaiz kecil sehingga sebesar peti sejuk dua pintu, semuanya adalah barang terpakai.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Pendek kata, mahu beli apa saja, jika pandai membelek dan bersabar menjengah ke satu demi satu rumah atau kedai yang ada dan kena pula dengan tuahnya, apa dicari pasti ada di sana. Itulah dia Pasar Karat Rengit.
Sepanjang hari, jalan masuk ke kampung itu sentiasa sibuk dengan pelanggan dari seluruh negara, malah kelihatan banyak lori keluar masuk kerana ramai juga yang datang membeli secara borong barangan terpakai yang dibawa masuk dari Singapura itu untuk dijual semula di tempat mereka.
Paling menarik perhatian ialah banyak barangan elektrik berjenama terkemuka menjadi produk utama yang dijual, selain perabot, barang permainan dan perhiasan rumah, malah ada juga yang menjual pakaian terpakai berkonsepkan 'bundle'.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Konsep jualan di kampung itu yang terletak 38 kilometer (km) dari bandar Batu Pahat atau 38.7 km dari Pontian sudah dimulakan sejak 30 tahun lalu, kini semakin meluas hingga ke kampung bersebelahannya.
Jika dicongak, ada lebih 65 gerai jualan di kampung berkenaan dengan barangannya hanya dilonggokkan di hadapan rumah bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan.
Kampung yang dibuka kira-kira 100 tahun lalu itu dan dihuni lebih 550 penduduk dalam kalangan masyarakat Orang Asli ini, menjual pelbagai barangan terpakai yang diperoleh dari negara jiran, Singapura.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Apa yang menariknya, barangan yang terjual mempunyai kualiti tersendiri terutama perabotnya biarpun ia bukan baharu.
Malah, pemborong barangan terpakai dari seluruh negara, termasuk Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Langkawi, Kedah, menjadikan kampung ini pusat bagi mendapatkan bekalan mereka.
Sebuah peti sejuk dua pintu dengan ketinggian dua meter dan lebar sekitar 80 sentimeter (cm) berharga RM4,000 (harga baharu) dijual pada sekitar RM750 hingga RM1,500 bergantung pada berapa tahun barangan itu sudah digunakan.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Jualannya dibuka seawal jam 10 pagi dan ditutup sekitar jam 6 petang, dengan hari tertentu seperti hujung minggu dan cuti umum menjadi hari pilihan bagi pengunjung.
Peniaga mengakui mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjual barangan berkenaan.
Siti Zubaidah Sirun, 41, penduduk asal dan mula menjalankan perniagaan itu sejak 20 tahun lalu, mengakui sejak penduduk kampungnya mengubah aktiviti mereka daripada bergantung pada hasil pertanian dan perikanan, hidup mereka jauh berubah.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
"Jika bergantung hanya pada hasil laut, ia tidak menentu. Apabila musim tengkujuh, tidak boleh turun ke laut, hasil akan berkurang," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih ada sebahagian penduduk turun ke laut untuk mencari hasil laut untuk dibuat ikan kering, sebelum dijual kepada peraih.
ANTARA barangan terpakai dari Singapura yang dijual
di Kampung Bumiputra Dalam Rengit, Batu Pahat. - Foto Mohd Azren Jamaludin
0 comments:
Post a Comment