Langkawi: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.
Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.
Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.
Namun nasib kedua-dua juruterbang masih belum diketahui.
0 comments:
Post a Comment