Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 31, 2015

ANWAR DAPAT KEISTIMEWAAN DI PENJARA


Anwar Ibrahim


Sungai Buloh - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi 'keistimewaan' agar mendapat haknya sepanjang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Anwar diberikan jamban duduk dan tilam yang sesuai bagi rawatan sakit tulang belakang yang dihidapinya selama ini.

"Selain itu, Anwar juga mendapat rawatan pakar daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya," katanya ketika bersama beberapa Ahli Parlimen PR, cuba melawat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, hari ini.

0 comments:

share2