Pembangkang begitu pandai mencipta fitnah demi fitnah. Segala yang dilakukan oleh kerajaan BN mereka putarbelitkan untuk perlihatkan bahawa kerajaan sentiasa melakukan kesalahan dan mereka sajalah yang benar dan betul.
Dalam pengurusan kewangan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri dibawah BN dituduh tidak baik dan negeri-negeri yang mereka perintah saja lah yang baik pengurusannya. Namun hakikatnya negeri seperti Selangor pada tahun lalu mengalami defisit sebanyak RM450 juta dan Pulau Pinang juga mengalami defisit sebanyak RM225.4 juta sementara Kelantan defisit sebanyak RM10.39 juta. (Sumber)
Pembangkang dengan bantuan pencacainya mengkritik pengurusan kewangan kerajaan BN namun dalam masa sama menyembunyikan kelemahan pengurusan kewangan mereka sendiri. Inilah sikap munafik mereka sejak dahuli lagi.
Jika benar mereka berjaya dalam pengurusan kewangan kenapa pula defisit boleh berlaku atau apakah mereka sedang melakukan sesuatu untuk menyembunyikan 'laba' bagi kegunaan lain dilain masa?
Sikap munafik pembangkang dan pencacainya memang sudah sangat jelas. Apabila ada saja keburukan yang pemimpin mereka lakukan serta merta mereka akan menuduh kepada pemimpin kerajaan untuk menyembunyikan kebenaran. Segalanya diletakkan dan disalahkan kepada kerajaan, BN dan UMNO.
Namun dalam masa sama kebenaran yang menyerlahkan keburukkan pemimpin mereka disembunyikan. Masih ingat kisah Mat Sabu berkhalwat dengan Normah di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu? Mereka menafikannya bahkan ada pemimpin mereka yang bersubahat melindungi sehingga yang bersalah dibebaskan.
Kes khalwat Stopa Spenda, camera dipersalahkan kerana camera adalah 'besi' dan tidak boleh jadi saksi. Dalam kes Anwar bersama 'chinadoll' yang terakam dalam video, dengan mudah dan bersahaja, yang jelas tergambar didalam video berkenaan menafikannya dengan alasan... serupa saya tetapi bukan saya. Alangkah bodohnya kepada sesiapa yang masih mempercayainya.
Jika Anwar dipihak yang benar, kenapa mereka yang bersamanya menubuhkan PKR dulu seorangpun sudah tiada lagi bersama dengan meninggalkannya seorang demi seorang. Bukankah itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepadanya?
Anwar dengan lantang menuduh kerajaan dan UMNO mengamalkan kronism sedangkan dalam masa sama beliau sendiri dengan isteri dan anaknya antara contoh yang paling jelas amalan kronism didalam pembangkang. Bagaimana pula dengan Lim Kit Siang 'and then family'? Apakah pencacai pembangkang tidak melihatnya atau mata dan hati mereka dibutakan?
Kepada cucu-cucu Tok, Tok harap supaya bukalah mata dan minda dan lihatlah kebenaran serta jangan mudah percaya dan terpedaya. Penjahat dan penghasut sememangnya dijadikan bermulut manis untuk mudah dipercayai kata dusta mereka. Cuma kita jangan biarkan diri kita diperbodohkan selamanya.
Yang manis itu madu, namun bermadu itu bukan semestinya manis. Bahkah kemanisan itu juga boleh membawa mudarat kepada kita.
Tok Awang Selampit
0 comments:
Post a Comment