Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 23, 2015

INFO TERKINI MANGSA BANJIR DI SARAWAK SETAKAT JAM 8 MALAM SEMALAM




Jumlah mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh Negeri Sarawak semakin berkurangan sepanjang semalam.

Keadaan cuaca yang agak baik pada hari ini tanpa hujan telah menyebabkan sebilangan besar penduduk yang terjejas akibat banjir telah mula pulang ke rumah masing-masing.

Biarpun hari ini paras "kingtide" mencapai paras tertingginya iaitu 6.3 meter, perkembangan ini (mangsa banjir kembali ke tempat kediaman) dijangka akan berlarutan sekiranya hujan tidak kembali turun tanpa henti seperti beberapa hari yang lepas.

Setakat jam 8 malam tadi, seramai 3,067 mangsa yang melibatkan 855 keluarga masih ditempatkan di 16 pusat pemindahan yang masih dibuka di negeri ini berbanding dengan seramai 3,071 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini pada jam 4 petang semalam.

Bahagian Kuching - Kampung Beradek - 111 keluarga/379 mangsa.

Hanya satu pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 111 keluarga dan 379 mangsa.

Bahagian Samarahan - Simunjan Tebang - 17 keluarga/61 mangsa, Kampung Ulu, Kampung Hilir, Kampung Slabi - 85 keluarga/298 mangsa, Kampung Koran - 19 keluarga/85 mangsa, Kampung Tanah Putih, Serian - 92 keluarga/285 mangsa, Kampung Sebemban Serian - 72 keluarga/481 mangsa dan Kampung Lingga - 7 keluarga/67 mangsa.

Sebanyak enam pusat pemindahan melibatkan 292 keluarga dgn 1277 mangsa.

Bahagian Mukah - Bawang Matu, Kampung Tian, Kampung Cina Pasar Lama, Kampung Sekaan Besar, Kampung Sekaan Kecil - 25 keluarga/81 mangsa dan Kampung Mateding Kecil - 2 keluarga/2 mangsa.

Sebanyak dua pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 27 keluarga dan 83 mangsa.

Bahagian Limbang - Kampung Hujung Jalan Mendamit - 95 keluarga/317 mangsa, Kampung Bidang Batu Danau - 132 keluarga/409 mangsa, Kampung Merasam, Kampung Meritam, Kampung Telahak, Kampung Lubok Tekurok - 19 keluarga/72 mangsa, Kampung Tanjung, Kampung Rangu, Kampung Buluh Baloi - 81 keluarga/195 mangsa, Kampung Lumut, Kampung Siang Siang, Kampung Banganga, Kampung Seberang, Kampung Gelapas, Kampung Tanjung - 44 keluarga/169 mangsa dan Kampung Masjid Baru - 17 keluarga/43 mangsa.

Sebanyak enam pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 388 keluarga dan 1205 mangsa.

Bahagian Miri - Long Panai, Marudi - 37 keluarga/123 mangsa.

0 comments:

share2