Menurut berita dari sebuah akhbar arus perdana semalam, sekumpulan awang hitam (warga afrika) merempuh penguatkuasa apabila menyedari mereka adalah sasaran operasi. Dengan susuk badan yang besar dan tegap mereka merempuh bagaikan sekawan lembu meredah pagar duri.
Yang tertangkap dengan sombong mencabar penguatkuasa seolah-oleh negara kita mereka yang punya dan mereka berhak serta berkuasa. Undang-undang negara kita tidak langsung dihormati.
Atas alasan apa sekalipun, sebenarnya kehadiran mereka ke negara kita mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial.
Tok Awang cuma nak tanya, bagaimana mereka boleh lolos? Jelaslah bahaawa kita masih gagal mengawal sempadan negara kita dari dimasuki pendatang asing yang mungkin musuh atau mush dalam selimut. (..melainkan mereka yang boleh ditiduri satu selimut)
Jika diperhatikan betul-betul, memang besar jumlah pendatang asing yang ada di negara kita dari berbagai negara. Selain dari Afrika, kita ada pendatang Indonesia, Kemboja, Vietnam, China dan Bangladesh bahkan dari negara Arab.
Mungkin kedatangan warga Indonesia penting bagi membantu negara sektor pertanian dan pembinaan, namun yang lain-lainnya tidak jelas keberkesanan kehadiran mereka.
Yang Tok Awang tahu, ada dikalangan warga asing terutama dari China dan Arab yang menerangi malam di Bukit Bintang. Apakah kita sedang mencorakkan negara kita sebagai destinasi pelacuran terkemuka di Asia Tenggara untuk menyaingi Thailand? Jika demikian wajarlah 'tag line' Malaysia Truly Asia' yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan itu terus dikekalkan.
Pihak tertentu perlu terus menggempur dan menghalau warga asing. Menteri berkenaan perlu bertindak tegas dan hentikan retorik dan membuat kenyataan yang hanya berkepentingan politik semata-mata. Rakyat sudah sangat tertekan dan tidak ingin berkongsi apa yang ada dengan mereka yang tidak berhak.
Tok Awang nak lihat apa Tok Zahid boleh buat. Banyak yang Tok Awang dengar, pedas dan panas berapi-api, tetapi yang kelihatan masih belum jelas. Jika bukan sekarang, bila lagi? Jangan sampai tanah air kita juga bukan lagi milik kita!
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment