Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 18, 2015

SUPERMAN PERLU BANTUAN UNTUK TERBANG


- Foto ehsan Dailymail.com.uk



Los Angeles - Aktor filem adiwira sudah pasti tidak sama dengan watak yang dilakonkan di dalam filem termasuk Henry Cavill.

Cavill, 31, pelakon filem Superman terpaksa mendapatkan bantuan anjing peliharaannya untuk satu penerbangannya.

Menurut dailymail.com.uk, Cavill dilihat keluar sambil membawa haiwan tersebut dari sebuah penerbangan yang tiba di Los Angeles.

Di bawah satu undang-undang pengangkutan Amerika Syarikat, penumpang dibenarkan membawa binatang peliharaan masing-masing jika ianya membantu dalam perubatan dan kesihatan mental.

"Sesetengah penumpang lebih selesa membelai haiwan peliharaan masing-masing daripada menikmati alkohol dalam usaha untuk mengurangkan gemuruh ketika penerbangan," kata seorang doktor, Dr David Sands.

0 comments:

share2