Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 21, 2015

SEORANG GADIS, LELAKI DIJEL 6 BULAN


Iskandar Dzul’karnain dipenjara enam bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah.


Kuala Terengganu - Hanya kerana mencari perempuan bernama ‘Mie’, seorang lelaki bertindak gila menyerang rumah sewa serta dalam masa sama, mengugut rakan serumah wanita berkenaan, September tahun lalu.

Tindakan Iskandar Dzul’karnain Awang Saidi, 30, itu menyebabkan dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap Nurul Nadia Mustafa, 18, dengan sebilah pisau.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah itu pada 2 September 2014, jam 3 petang.

Pada hari kejadian, semasa mangsa bersama rakan serumahnya sedang tidur di rumah sewa mereka, tiba-tiba terdengar suara lelaki (Iskandar Dzul’karnain) menjerit di hadapan pintu rumah.

Mangsa terus membuka tingkap sebelum ternampak Iskandar Dzul’karnain bertindak menendang pintu depan rumah dan terus masuk dalam rumah.

Iskandar Dzul’karnain memaklumkan dia sedang mencari seorang perempuan dengan nama ‘Mie’.

Dia kemudian menggeledah keseluruhan barang-barang di dalam rumah dan mengambil sebilah pisau serta pemutar skru dan terus mengacukan senjata tersebut ke arah mangsa serta rakannya sambil memaksa mangsa membantu dia mencari ‘Mie’.

Iskandar Dzul’karnain kemudian keluar dari rumah dan duduk menyandar di dinding luar rumah sewa mangsa.

Dalam masa sama, dia turut memberi amaran kepada mangsa dan rakannya sekiranya mereka memaklumkan kepada pihak polis atau jika dia ditangkap polis, mangsa dan rakannya itu akan ‘mati’.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir, dan Iskandar Dzul’karnain yang ketika itu masih berada di hadapan rumah mangsa ditahan.

0 comments:

share2