Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 14, 2015

RUMAH PEKERJA, PEJABAT KILANG MUSNAH TERBAKAR


Nilai - Sebuah rumah pekerja dan pejabat pentadbiran di kawasan kilang kayu di Jalan Pemata 1/1, Nilai 3 di sini musnah dalam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, ketika kejadian pada pukul 5.23 petang, terdapat kira-kira 10 pekerja di premis berkenaan namun mereka sempat melarikan diri.

Beliau berkata, 18 anggota dari Nilai, Mantin dan Seremban 2 bersama dua buah jentera, sebuah kenderaan tangki air serta sebuah unit utiliti bergegas ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan padam sepenuhnya 20 minit kemudian. Bagaimanapun, kebakaran menyebabkan rumah jenis kabin dan pejabat pentadbiran itu musnah seratus peratus," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih disiasat. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan.

0 comments:

share2