Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 16, 2015

RAUB : SHAHIRUDDIN SAMPAIKAN HADIAH KECEMERLANGAN UPSR YAYASAN PAHANG 2014



Oleh: Lady M

15.01.2015, Khamis - Yayasan Pahang dengan kerjasama pihak PPD Raub telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2014 Peringkat Daerah Raub.bertempat di Dewan SMK Gali, Raub Pahang bermula jam 9.00 pagi. 

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hj Shahiruddin Ab Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Pahang manakala Yayasan Pahang yang diwakili En. Meor Ahmad Ariff B Meor Abdul Wahab, Penolong Pengurus Bahagian Geran dan Sumbangan. 

Yayasan Pahang telah menyediakan Sijil Penghargaan dan Saguhati sebanyak RM150 kepada 123 orang murid-murid yang cemerlang UPSR tahun lalu di dalam daerah Raub. Sek Keb Bukit Fraser turut diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam pencapaian UPSR 2014, menerima sumbangan sebanyak RM3,000 dari Yayasan Pahang diikuti Sek. Keb. Tanjung Raja, dan Sek. Keb Muhammad Jabbar yang masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.

Dato' Sri Shahiruddin juga menyentuh isu perpaduan dan pendidikan diantara kaum dan berpesan kepada semua ibu bapa supaya mendidik anak-anak sedari usia begini untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. 

Harapan ibu bapa tentulah setinggi gunung untuk melihat anak-anak cemerlang dan mencapai kejayaan di masa akan datang. Tidak mustahil 10 hingga 15 tahun akan datang, pelajar-pelajar yang mempunyai budaya yang kreatif dan inovatifi inilah yang akan mampu berada dipersada Nasional ataupun antarabangsa. 

Pelbagai bantuan sumbangan, biasiswa dan geran sumbangan telah disediakan oleh kerajaan khasnya Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Sri Diraja Adnan b. Yaakob, Menteri Besar Pahang bagi memastikan kelangsungan kepada generasi ini.

Dato' Shah turut berpesan kepada para ibu bapa supaya jangan racuni persahabatan yang baik di antara kaum khasnya kepada anak-anak kita ini. Pimpinlah dan didik anak-anak supaya saling hormat menghormati, menjaga sensitiviti agama, budaya antara kaum dan menjaga keamanan komuniti. Kerajaan sentiasa berusaha melalui sistem pendidikan, jentera masyarakatnya dan PIBG sentiasa suburkan budaya hormat di antara satu sama lain.












0 comments:

share2