Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 27, 2015

MAYAT TERSANGKUT DAHAN POKOK


Anggota bomba membawa naik mayat yang ditemui di dalam Sungai Jahang berhampiran jambatan Kampung Chulek.


Gopeng - Seorang pemancing menemui mayat dipercayai seorang lelaki Orang Asli yang tersangkut di dahan pokok tumbang di dalam Sungai Jahang berhampiran jambatan Kampung Chulek di sini, Ahad lalu.

Mayat lelaki warga emas yang masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui kira-kira jam 4 petang.

Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati kira-kira sebulan lalu dan disyaki ada kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Gopeng pada 22 Disember 2014.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, selepas mendapat panggilan berhubung penemuan mayat itu, pihaknya meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng untuk mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, paras air ketika kejadian adalah cetek dan pihaknya bersama anggota bomba serta saksi kejadian menaiki bot (rafting boat) untuk ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa dari lokasi tersebut.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa.

“Doktor pakar bedah siasat telah mengambil sampel tulang dan darah dua Orang Asli yang dipercayai anak kepada mangsa tadi (semalam) dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan,” jelasnya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa.

Sumber

0 comments:

share2