Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 31, 2015

LIMA SEKAWAN DIHUKUM GANTUNG KERANA DADAH


Ayer Keroh - Padah memproses dadah di sebuah rumah lima tahun lalu, lima lelaki termasuk dua warganegara China dihukum gantung sampai mati Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhi Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Goh Eng Tee, 40; Sow Teik Lee, 40; Emery Shazmal Abd Malek, 39; Lin Xiren, 32; dan Ye Yufeng, 31, selepas didapati kesemuanya bersalah mengedar dadah jenis methampetamin dan ketamin seberat 2,801.71 gram.

Abdul Karim dalam alasan penghakimannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kelima-lima tertuduh yang turut didapati bersalah bagi empat pertuduhan memiliki racun.

Pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama dua lagi tertuduh Teo Bee Keng, 43, dan Tursini Turida, 25, mengedar dadah methamphetamine seberat 226.37 gram di sebuah rumah di Jalan SP 1, Taman Semabok Permai kira-kira jam 1.30 pagi pada 4 Jun 2010.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ketamin berat bersih 2,575.34 gram di lokasi pada masa dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bersama Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Abdul Karim melepas dan membebaskan Teo dan Tursini selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

0 comments:

share2