Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 2, 2015

LALUAN ALTERNATIF KUALA LUMPUR KE KUANTAN MELALUI JERANTUT





Pihak Jabatan Kerja Raya telah memaklumkan laluan untuk ke Kuantan dari Kuala Lumpur atau sebaliknya sebagai alternarif dari laluan melalui Muadzam yang lebih panjang masa perjalanannya yang hampir mencecah 7 jam sebagaimana yang dimaklumkan kepada kami.

Laluan alternatif terbaharu ini dikemaskini dan disebarkan semalam oleh pihak berkenaan. Bagaimanapun, pemandu dinasihatkan agar berhati-hati kerana keadaan jalan dibeberapa kawasan dalam keadaan yang kurang baik serta berlubang-lubang.

Kemjungkinan kejadian tanah runtuh juga akan berlaku sekiranya adanya hujan lebat yang turun yang akan membuatkan aktiviti pergerakan tanah diaktifkan oleh arus air melalui cerun-cerun bukit. memandulah dengan sentiasa berhati-hati dan elakkan dari memandu dikawasan yang sunyi dilewat petang hari.

Semalam keitka kami dihubungi oleh seorang rakan dari Kedah untuk mandapat maklumat bagaimana hendak ke Kuantan, kami memaklumkan perkara sama kerana laluin itu telah kami lalui dan pastikan ianya memang boleh dilalui dengan selamat.



0 comments:

share2