Sistem pengangkutan yang mantap merupakan salah satu infrastruktur paling penting dalam kehidupan warga kota Kuala Lumpur. Ini kerana, kesibukan dan kesesakan lalu-lintas sememangnya rencah hidup yang tak pernah padam dalam kamus kehidupan warganya.
Go-KL dibawah seliaan SPAD menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma dilaluan tertentu khususnya destinasi dan lokasi penting di ibu kota. Usaha ini juga mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur apabila warga kota memilih untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam yang nyata sudah bertambah efisyen.
Laluan Meran dari Terminal Bas Jalan tun Razak ke KL Sentral sejauh 13 kilometer dengan 21 hentian. Masa perjalanan selama 40 minit waktu biasa dan 50 minit pada waktu puncak.
Laluan Biru pula dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang, jarak perjalanan 12 kilometer bersamaan 19 hentian. Masa perjalanan 30 minit dan 45 minit pada waktu puncak.
Hakikatnya sudah banyak yang kerajaan lakukan untuk kebaikan rakyat termasuk menyediakan perkhidmatan awan yang efisyen dan bahkan secara percuma, cuma apakah rakyat sedar dan menghargainya atau sekadar hanya sentiasa menyalahka kerajaan tanpa sebarang komen yang membina?
0 comments:
Post a Comment