Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 18, 2014

TREN TERKANDAS DUA JAM AKIBAT KEROSAKAN LOKOMOTIF


Sebahagian dari penumpag seebuah koch Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang membawa kira-kira 200 orang punumpang keluar dari gerabak selepas terpaksa berhenti di laluan berhampiran Rahang Kecil ekoran mengalami kerosakan lokomotif dekat Seremban hari ini.


Seremban - Kira-kira 200 penumpang melalui detik cemas apabila tren yang mereka naiki terkandas di landasan Kilometer 462.75 arah selatan, Seremban-Sungai Gadut di sini, petang semalam.

Pengurus Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu menyebabkan kesemua penumpang terpaksa menunggu selama dua jam bagi proses penukaran lokomotif.

"Tren Ekspres Rakyat tersebut sedang dalam perjalanan dari Butterworth ke Singapura apabila secara tiba-tiba berlaku kegagalan lokomotif untuk berfungsi menyebabkan ia terkandas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, tren tersebut memulakan perjalanan dari Butterworth awal pagi tadi.

"Selepas dua jam menanti, akhirnya perjalanan diteruskan semula ke Singapura apabila keadaan kembali pulih setelah lokomotif yang rosak ditukarkan dengan lokomatif baharu yang dibawa dari KL Sentral," katanya.

Beliau memohon maaf kepada kesemua penumpang terlibat di atas kesulitan di luar jangkaan itu.

0 comments:

share2