Gambar-gambar yang disiarkan ini dimuat naik di laman Facebook Temerloh (Klik) kira-kira sejam lalu semasa berita ini ditulis.
Gambar-gambar berkenaan diambil sekitar bandar Temerloh dan Mentakab yang terkesan teruk oleh kanaikan paras air di Sungai Pahang dan Sungai Semantan.
Untuk rujukan, Sungai Pahang menerima limpahan air yang lebih banyak yang turun dari Sungai Jelai dan Sungai Tembeling, dalam masa sama Sungai Semantan yang mengalir dari Bentong dan Bukit Tinggi juga mencurah dan memenuhi bandar Temerloh dan Mentakab.
Perhubungan jalan raya terputus dari semua arah, termasuk ke Kuala Lumpur, Kuantan, Bera serta Jerantut. Dalam perkembangan sama, Kuantan yang cerah cuacanya semalam sudah berubah mendung pada pagi tadi manakala sejak petang tadi hujan renyai kadangkala lebat mulai turun.
Kuantan tidak akan terkesan oleh limpahan air Sungai Pahang secara langsung kerana tiada sungai di Kuantan yang mengalir ke Sungai Pahang, namun jika hujan terus turun di Sg Lembing pasti penduduk Kuantan perlu bersiap sedia menghadapi limpahan air tersebut.
0 comments:
Post a Comment