Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 28, 2014

JERANTUT HAMPIR MATI


Pam Petronas di Taman Inderapura


Bandar Jerantut sudah hampir lumpuh dan mati. Sudah tidak banyak lagi kenderaan bergerak dijalan raya. Sebab utama adalah terputusnya hubungan dengan beberapa bandar lain seperti Kuala Krau dan Temerloh serta Kuala Lipis, Benta dan Raub.

Sebab lain adalah kerana kehabisan bekalan petroleum di kebanyakan atau sudah disemua stesen-stesen minyak di Jerantut disebabkan terputusnya perhubungan jalan raya.

Berita kehabisan minyak diambil dari laman facebook Jerantut KampungKu (Klik Sini) yang dimuat naik foto-fotonya hampir 12 jam lalu.

Selain itu tersebar juga berita di group Whatsapp mengenai bekalan air bersih yang sepatutnya dihantar kepada mangsa banjir namun telah diselewengkan dan dihantar ke kedai-kedai makan tertentu. Namun PahangKu tidak dapat mengesahkan berita berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berwajib mesti melakukan siasatan kerana dalam keadaan begini todak ada sesuatu pun yang mustahil akan berlaku. Jika didapati benar, pihak berkenaan mesti dikenakan tindakan sewajarnya kerana mengambil kesempatan ketika dalam keadaan kesusahan orang lain.

Diharapkan agar semua warga Jerantut akan menanam sikap bantu membantu dan tolong menolong tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dalam menghadapi bencana banjir yang diluar jangkaan ini.



Hampa kehabisan minyak



Di Tebing Tinggi


Sek. Pulau Tawar


Kg Tebing Tinggi



0 comments:

share2