Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 18, 2014

SIDANG DUN PAHANG : TIADA TAMBAHAN TANAH REZAB MELAYU


Kerajaan Negeri Pahang tidak bercadang menambah Tanah Rezab Melayu di Negeri Pahang, perkara ini dijelaskan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang dalam sesi soal jawab di Sidang DUN Pahang. 

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Kawasan Sungai Lembing, apakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah keluasan Tanah Rezab Melayu?. Menurutnya lagi, Negeri Pahang mempunyai undang-undang di mana Tanah Rezab Melayu yang dibangunkan mesti digantikan dengan tanah yang lain. 

 "Yang penting Tanah Rezab Melayu itu digunakan sepenuhnya" ujarnya lagi. Beliau turut kecewa dengan sikap Orang Melayu yang diberi tanah namun selepas mendapat kelulusan tanah dijualnya tanah itu enam bulan kemudian. 

Disamping itu juga beliau turut kecewa dengan sikap Orang Cina yang diberi tanah TOL sebanyak dua ekar untuk pertanian tetapi meneroka tanah berhampiran secara haram sehingga sepuluh ekar.

0 comments:

share2