4. Apakah itu Ikan Sturgeon? Ikan Sturgeon adalah ikan besar daripada family Acipenseridae. (Sumber : Wikipedia BM) Ikan Sturgeon Bintang (nama saintific : Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (bahasa Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik.. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya.
Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun. Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Sturgeon Beluga dan Ikan Sturgeon Parsi. Persekitaran : Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan dasar laut yang hidup antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam dan di kawasan air tawar. Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C.
Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan ikan yang lain, selain daripada Moluska, Krutasea dan Cacing.
Rupa; Bahagian belakang ikan Sturgeon Bintang berwarna Kelabu tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, dengan perutnya berwarna hampir putih. Ikan Sturgeon Bintang mempunyai 40-46 dorsal serta 24-29 ruji dubur. Muncung panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada bahagian tengah. Sesungut pendek dan tidak sampai mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada muncungnya.
5. Apakah tujuan penternakan ikan Sturgeon? Penternakan ikan Sturgeon bertujuan menghasilkan kaviar atau telur dari ikan itu. Proses menjadikan kaviar ialah menangkap ikan Sturgeon kemudian dibelah perutnya dan mengeluarkan telurnya.
6. Apakah kelebihan menghasilkan Kaviar? Kelebihan ikan Sturgeon ini menghasilkan telur kaviar. Harga pasaran kaviar mengikut harga pasaran luar negara mencecah RM12,000 sekilogram. Sasaran pengeluarannya di Malaysia ialah menghasilkan 30 metrik tan kaviar dengan keuntungan berjumlah RM360 juta setahun.
7. Kaviar dijadikan makanan? Kaviar sejenis makanan yang sangat popular di luar negara. Nama Kaviar sudah tidak asing lagi bagi penggemarnya. Namun ianya tidak popular di kalangan rakyat Malaysia kerana jarang ditemui di pasaran dan harganya mahal. Kebiasaannya kaviar dijadikan hidangan istimewa dan mewah di restoran utama seluruh dunia. Kaviar juga digunakan sebagai pelengkap kepada makanan lain.
0 comments:
Post a Comment