Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 24, 2014

ROMPIN: DUA KAMPUNG DINAIKI AIR


Mangsa banjir yang dipindahkan di SK Sungai Puteri ditempatkan secara berasingan antara lelaki dan perempuan dalam usaha memberikan keselesaan kepada mereka berbanding sebelum ini.


Rompin – Akibat hujan lebat dan air laut pasang tinggi pada malam tadi, dua kampung di sekitar Kuala Rompin dinaiki air hingga menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa dipindahkan.

Pengerusi Jawatan kuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, dua kampung yang terlibat adalah Kampung Sepakat dan Kampung Perepat.

“Kesemua penduduk yang terjejas di kedua kampung ini telah dipindahkan sejak awal pagi tadi yang melibatkan dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puteri dan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Kuala Rompin.

“Seramai 227 mangsa dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi iaitu masing-masing 183 mangsa di Kampung Perepat manakala 44 mangsa di Kampung Sepakat melibatkan jumlah keseluruhan 50 keluarga telah dipindahkan” katanya.

0 comments:

share2