Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 28, 2014

#NAJIB RAZAK UMUM 3 LANGKAH BANTU MENGSA BENCANA BANJIR




Semalam, sebaik saja pulang dari lawatan sambil berkerja, DS Najib terus sahaja melawat Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk. Beliau tidak pulang ke rumah terlebih dahulu kerana mengambil tanggungjawab dengan mendahulukan urusan rakyat.

Dalam lawatannya di Kelantan beliau mengumumkan 3 langkah tambahan bagi membantu mangsa bencana; 1. Memperuntukkan RM500 Juta menerusi Majlis Keselamatan Negara  2. Mempercepatkan penyaluran BR1M iaitu pada Januari tahun depan  3. Meminta agensi dan institusi kewangan membuat penjadualan semula pinjaman.

Di Tumpat seramai 26,00 mangsa banjir terlibat manakala Kota Bharu seramai 24,034 serta Pasir Mas seramai 12,332 diikuti Kuala Krai 5,200, Gua Musang 5,150, Macang 4,039 dan Tanah Merah seramai 3,548 orang menjadikan jumlah mangsa keseluruhan Negeri Kelantan adalah seramai 56,903 setakat semalam.

Terengganu merupakan negeri ke-2 teruk dilanda banjir dengan melibatkan 3 buah daerah; Kemaman 24,738, Dungun 8,725 dan Kuala Terengganu 1,247 dengan keseluruhan berjumlah seramai 34,710 orang.

Manakala di Pahang sejumlah 23,796 orang mangsa direkodkan dengan Kuantan mencatat jumlah tertinggi seramai 13,418 orang, Jerantut seramai 5,791 dan Temerloh seramai 4,617 orang mangsa. Bagaimanapun laporan terkini yang belum disahkan kesemua pusat pemindahan banjir di Kuantan telahpun ditutup dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang kerumah masing-masing lewat tengahhari tadi.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapakah kerajaan tidak mengishtiharkan Dharurat ketika ini kerana bencana besar ini melibatkan ramai nyawa. Wartawan ketika mengajukan soalan demikian Perdana Menteri memberikan jawapan alasannya adalah untuk memberikan peluang rakyat menuntut insuran kenderaan mereka yang rosak dan musah akibat banjir.



0 comments:

share2