Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 21, 2014

MUHAMMAD ALI DIMASUKKAN KE HOSPITAL


Gambar Muhammad Ali yang dirakamkan di New Orleans pada 2 January 2013.


Louisville – Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dimasukkan ke sebuah hospital enggan didedahkan semalam kerana masalah radang paru-paru, lapor CNN.

Jurucakapnya, Bob Gunnell berkata, Muhammad berada dalam keadaan baik dan dirawat sekumpulan doktor.

“Radang paru-paru yang dialaminya berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal.

“Beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, keluarganya berkata, mereka memerlukan masa untuk Muhammad berehat sepenuhnya.

Muhammad, sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit Parkinson dan menerima rawatan sejak 1984.

Manakala, beliau bersara dari sukan berkenaan sejak 1981.

0 comments:

share2