Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 3, 2014

MAYAT TERAPUNG DI KAWASAN SANGKAR IKAN


Georgetown - Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai terapung di perairan Macallum di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata mayat itu ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap berdekatan kawasan penternakan ikan sangkar di kawasan itu, pada 9 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada badannya selain tiada unsur jenayah disyaki menyebabkan kematian lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan mengambil cap jari lelaki berkulit gelap yang berumur lingkungan 40-an dan 50-an itu untuk semakan rekod identiti di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

0 comments:

share2