Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 27, 2014

LIPIS: GUNA KERETA API HANTAR BANTUAN


Sebahagian skuad Sukarelawan Banjir Umno memunggah barang makanan dari atas kereta api untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Kampung Mela, semalam.


Kuala Lipis - Skuad Sukarelawan Umno Bahagian Lipis menggunakan perkhidmatan kereta api di bandar ini untuk menghantar bantuan makanan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Mela.

Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, perjalanan lokomotif KTMB itu sejauh 40 kilometer ke Mukim Cheka Satu dan Cheka mengambil masa hampir empat jam untuk mengagihkan bantuan di beberapa kampung berdekatan laluan berkenaan.

“Operasi bantuan ini membabitkan pemunggahan makanan di pusat pemindahan banjir yang terbesar di Mela membabitkan lebih 200 mangsa banjir kampung di persisiran Sungai Jelai yang dilanda banjir.

“Makanan yang diagihkan ini sumbangan Biro Kebajikan Umno yang telah disampaikan Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mangsa banjir daerah Lipis tiga hari lalu.

“Terima kasih kepada KTMB kerana menyediakan lokomotif untuk memunggah barang makanan ini yang sangat diperlukan mangsa banjir di Mukim Cheka Satu dan Cheka Dua,” katanya, di sini semalam.

Turut serta operasi berkenaan, iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Lipis, Mohd Farid Mohd Noor dan Setiausaha Umno Bahagian, Ishak Mohamad.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, bantuan dihantar segera menggunakan kereta api kerana beberapa laluan Kuala Lipis ke Jerantut berdekatan Kampung Mela, Kampung Limau Purut dan Kerambit dinaiki air Sungai Jelai. 

Menurutnya, sukarelawan Umno Lipis dan Jawatankuasa Bencana Alam di sini bertungkus lumus menggunakan segala kemudahan logistik untuk menghantar bantuan kepada semua mangsa di pusat pemindahan di Dun Cheka, Benta dan Padang Tengku.

Sumber

0 comments:

share2