Kuantan, 2 Disember 2014 - KDYMM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah berpuashati dengan taklimat menghadapi bencana banjir yang diberikan oleh kerajaan negeri Pahang, terutama sekali mengenai ramalan cuaca dalam menghadapi bencana alam tersebut serta persiapan logistik yang disediakan.
Walaupun cuaca kelihatan baik namun Tengku Abdullah mengingatkan agar bersiap sedia kerana bulan Disember hingga Januari ini masih dikira berisiko untuk hadapi cuaca buruk. Beliau juga memaklumkan bekalan makanan telahpun di tempatkan dipusat-pusat yang ditetapkan.
Dalam menghadapi banjir kali ini, 'Zoner Sistem' akan dipraktikan dikawasan bandar Kuantan bagi memperkemaskan usaha bantuan dan menyelamat supaya tidak berlaku pertindihan tugas. Angkatan Tentera Malaysia akan ditempatkan di Sg. Isap, Bomba dan Penyelamat ditugaskan di Bukit Rangin, Polis diletakkan di Sg. Lembing manakala RELA akan diletakkan didalam keadaan bersiap sedia.
Beliau berharap persediaan begini dapat dilaksanakan di daerah-daerah supaya tidak berlaku pertindihan tuagas dengan meletakkan pihak tertentu dikawasan-kawasan tertentu. Ini dapat mengatasi masalah kelemahan komunikasi dan salah arahan. Ini mengambil pengalaman masa lalu.
Selain itu, KDYMM Tengku Abdullah menyarankan semua peringkat sama ada Pegawai Daerah, JKKK supaya membuat tinjauan untuk melihat semua saliran dalam keadaan baik dan tidak tersekat. Masyarakat juga diharapkan dapat melakukan gotong-royong bagi membersihkan parit dan longkang-longkang yang tersumbat supaya aliran air yang banyak akibat hujan lebat akan dapat mengalir terus ke sungai-sungai berhampiran dan mengelakkan dari berlakunya banjir kilat.
0 comments:
Post a Comment