Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 28, 2014

KUANTAN: MAYAT DITEMUI SELEPAS EMPAT HARI


Anggota bomba membawa mayat mangsa ke darat sebelum dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.


Kuantan - Selepas pencarian selama empat hari, mayat seorang lelaki warga emas yang terjatuh ke dalam sungai di Sungai Lembing ditemui kira-kira sepuluh kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Chew Teck Seng, 63, dari bandar Sungai Lembing dekat sini ditemui anggota penyelam mencari dan menyelamat bomba kira-kira jam 11 pagi di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pencarian dalam tempoh berkenaan turut dibantu anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya di sini semalam.

Katanya, keluarga turut dimaklumkan dengan penemuan mayat berkenaan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika melalui jambatan untuk ke Pekan Sungai Lembing.

Mangsa yang dikatakan mangsa pertama banjir di daerah ini selepas dikhuatiri lemas apabila pautannya terlepas sebelum tenggelam dihanyutkan arus deras.

0 comments:

share2