Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 28, 2014

AIR PASANG BESAR PUNCA BANJIR


Syed Sis (tiga, kanan) meninjau kerja membersihkan Sungai Pengerang yang dijalankan oleh pihak kontraktor semalam.


Kota Tinggi - Pusat pemindahan banjir Dewan Al- Zubair Kampung Jawa di Pengerang , di sini dibuka ekoran air pasang besar luar biasa sehingga menjejaskan 20 keluarga daripada tiga kampung iaitu Kampung Jawa, Kampung Sebong dan Kampung Batu Mas, kelmarin.

Adun Tanjung Surat, Datuk Ir Syed Sis Abd Rahman berkata, air mula naik di kawasan tersebut ekoran fenomena air pasang ‘keling’ yang sudah berlaku sejak 23 Disember lagi, namun tiada pusat pemindahan dibuka pada tarikh tersebut.

“Saya dimaklumkan pada jam 9 malam sudah ada mangsa berpindah. Kita telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Setakat jam 10 pagi semalam, Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor melaporkan Kota Tinggi mencatat daerah ke enam negeri Johor yang dilanda banjir dan seramai 77 orang dipindahkan ke Dewan Al Zubair Kampung Jawa.

Syed Sis berkata, pihak kontraktor kerja tanah dan penyediaan tapak juga telah membersihkan Sungai Pengerang.

"Kejadian air pasang keling ditambah cuaca hujan serta masalah saliran air telah menyebabkan sungai tersebut tidak dapat menampung hingga air melimpah," katanya.

0 comments:

share2