Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 4, 2014

JERANTUT : TERNAKAN IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN


Ikan sturgeon yang kelihatan comel itu akan diternak didalam takungan


1. Bilakah permulaan projek ladang ikan Sturgeon? Projek ladang ternakan ikan sturgeon akan dimajukan di Negeri Pahang. Satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Felda dan MMC Hassed Co. Ltd. dari Korea Selatan telah disaksikan olen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 16 Julai 2013. 

Mewakili ECERDC pada majlis pertukaran dokumen itu ialah Ketua Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John, mewakili Felda pula Ketua Pengarahnya Datuk Faizoull Ahmad, manakala BiotechCorp oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Nazlee Kamal. 

2. Di manakah projek ini akan dijalankan dan berapakah keluasannya? Projek ini akan dijalankan di Kuala Tahan Jerantut, terletak di seberang Sungai Tembeling bersebelahan Taman Negara dengan keluasan tanah mencecah 20 hektar. 

3. Siapakah pengusaha projek ini? Projek ini adalah usaha sama antara Felda Caviartive Sdn. Bhd dan 12 Hassed (M) Sdn. Bhd. Manakala Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) bertindak sebagai rakan strategic Felda dalam projek ini. 


Bersambung...

0 comments:

share2