Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 6, 2014

GELARAN DATUK SERI ANWAR YANG DILUCUT DAN DIMILIKI

Gambar hiasan - sumber KL Today


Sultan Selangor telah melucutkan gelaran Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelarab Datuk Seri daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat-kuasa pada 3 November 2014 lalu.

Penarikan balik Darjah Kebesaran yang dikurniakan pada tahun 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor.

Anwar juga menerima anugerah Datuk Seri dari Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

Maklumat senarai Darjah Kebesaran yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim;
  1. Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (Kelas Pertama) - Oktober 1990.
  2. Darjah Gemilang Seri Melaka (Kelas Pertama) - 15 Ogos 1992.
  3. Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor (Kelas Pertama) ( ditarik balik pada 3 November 2014 lalu) - 8 Mac 1992
  4. Darjah Utama Pengkuan Negeri Pulau Pinang - 8 Julai 1994.
  5. Darjah Seri Utama Negeri Sembilan - 18 Julai 1994.
  6. Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu, Sabah - 16 September 1994.
  7. Darjah Seri Paduka Cura SiManja Perak - 19 April 1995.
  8. Darjah Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalulai, Perlis - 3 Disember 1995.

0 comments:

share2