Britain menjadi negara perintis yang menggunakan najis manusia dan sisa makanan sebagai bahan bakar untuk menggerakkan bas bio di laluan pertama antara Bath dan Bristol.
Inisiatif itu diambil selepas Bristol menerima anugerah European Green Capital 2015 berikutan bandar terbabit berjaya mengekalkan piawaian alam sekitar yang tinggi secara konsisten.
Penggunaan gas biometana tersebut didakwa boleh meningkatkan kualiti udara di seluruh bandar dan ia juga boleh bergerak sejauh 300 kilometer dengan menggunakan sisa buangan tahunan lima individu.
Pengurus Besar GENeco, Mohammef Saddiq berkata, rawatan kumbahan itu juga membolehkan mereka menyediakan bekalan gas yang cukup untuk membekalkan kuasa kepada hampir 85,000 rumah. “Ia jelas menunjukkan najis manusia dan sisa makanan juga boleh menjadi sumber penting pada masa hadapan,” jelasnya.
Beberapa tahun lalu, pembuat tandas di Jepun, Toto juga pernah menggunakan idea sama untuk menggerakkan motosikal di negara itu, laporan dipetik dari The Guardian.
0 comments:
Post a Comment