Senai - Persepsi rakyat bahawa Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik atau ditambah nilai perlu diubah.
Sebaliknya, akta itu sebenarnya perlu diperkuatkan sesuai dengan peredaran zaman dan situasi semasa.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, akta itu menunjukkan betapa serius pemimpin terdahulu terdiri daripada Melayu, Cina dan India berunding dengan raja-raja Melayu untuk meletakkan satu akta pencegahan.
“Namun akta ini perlu diperkukuhkan seiring peredaran zaman, yang perlu masuk elemen (di mana) jangan ada sesiapa mencampuri atau menggugat kesucian Islam, serta menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,” katanya di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertahankan Akta Hasutan sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC, kelmarin.
Katanya, keistimewaan orang Melayu tidak perlu disentuh oleh mana-mana pihak, sekali gus tertakluk kepada akta berkenaan.
Menurutnya, orang Melayu dan Bumiputera juga mesti diiktiraf sebagai kaum teras dan tunjang di negara ini.
“Pengiktirafan ini, termasuk dari sudut kepimpinan, ekonomi dan sosial, akan menjadikan kedudukan orang Melayu itu berasa ihsan dan kasih kepada kaum-kaum lain,” katanya.
Beliau, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, tindakan Najib mengubah keputusannya untuk mempertahankan Akta Hasutan merupakan langkah terbaik demi negara.
“Ini tidak bermakna beliau memungkiri janji, sebaliknya membuktikan pemimpin Umno ini refleks kepada keadaan semasa,” katanya.
0 comments:
Post a Comment