Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 21, 2014

AFF: EMPAT INDIVIDU DIREMAN


Kuala Lumpur - Empat lelaki warga tempatan ditahan reman hari ini kerana disyaki membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 malam tadi.

Keempat-empat lelaki itu ditahan bersama dua lagi remaja ketika menyaksikan perlawanan akhir berkenaan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kesemua lelaki itu direman mulai hari ini bagi membantu siasatan.

"Tiga lelaki berkenaan berumur antara 20 dan 26 tahun, disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan kerana disyaki memiliki suar.

"Seorang lagi yang berumur 39 tahun disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Melecur dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki besi buku lima," katanya dalam kenyataan.

Dua remaja, berumur lingkungan 17 tahun yang ditahan kerana memakai selempang tertera ungkapan yang menghina pasukan polis telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

0 comments:

share2