Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 21, 2014

25 BEKAS PEGAWAI TINGGI TOLAK JEMPUTAN JAKIM


JAKIM


Shah Alam – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menjemput 25 bekas pegawai tinggi Melayu yang menulis surat terbuka mengenai amalan undang-undang Islam di negara ini, baru-baru ini, untuk mengadakan dialog dan perbincangan.

Pegawai perhubungan awam Jakim, Asiah Alkharib Shah dalam satu kenyataan hari ini berkata, perbincangan tersebut dijadualkan berlangsung pada 23 Disember ini.

Bagaimanapun, katanya, wakil 25 bekas pegawai tinggi berkenaan memaklumkan mereka tidak bercadang mengaturkan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk Jakim.

Pada 7 Disember lalu, sekumpulan 25 bekas pegawai tinggi Melayu menulis surat terbuka kepada rakyat Malaysia yang antara lain mendesak supaya Undang-undang Jenayah Syariah dinilai semula kerana sistem perundangan plural yang wujud sekian lama, menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah.

Surat terbuka daripada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Rahim Din dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar serta beberapa bekas duta itu turut menggesa sesi dialog diadakan berhubung pelaksanaan undang-undang Syariah.

0 comments:

share2