Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 14, 2014

#supportmbpahang KRISIS YANG BERLANJUTAN : MENTERI BESAR PAHANG VS UTUSAN MALAYSIA + ZAMKATA ?

Zamkata

#supportmbpahang

Isu 'Cameron Highland Ditawan' nampaknya masih berlanjutan. Jika dahulu dimulakan oleh Utusan dimedia cetak arus perdana, kini ianya sudah menular dimedia sosial. Nampaknya sudah berjaya usaha Utusan untuk mencetus rasa tak puas hati terhadap Menteri Besar Pahang.

Di Pahang sendiri, beberapa buah blog utama masih lagi memainkan isu berkenaan dengan pandangan yang berbeza-beza. Blog pro pembangkang antaranya Pahang Daily Online dan Cucu Matkilau, sementara blog pro BN antaranya Semut Hitam, dan WZWH

Namun kita terkejut dengan tulisan di blog Zamkata, yang turut terlibat dalam polemik ini. Tidak menghairankan apabila beliau menyokong Utusan kerana beliau adalah bekas wartawan di Utusan Melayu dahulu.

Yang menghairankan adalah DS Zainuddin Maidin ini menggunakan cara yang sama dengan Utusan dalam memberikan gambaran kepada Menteri Besar Pahang. Jika Utusan dengan tajuk sensasi 'Cameron Highland Ditawan', DS Zainuddin Maidin pula menggunakan tajuk sensasinya 'Menteri Besar Pahang Menempah Maut'.

Mungkin Utusan menganggap perkataan 'ditawan' dan 'menempah maut' itu sebagai metafora dan dihalalkan bagi melariskan jualan serta menarik pembaca, namun tidak semua berpandangan begitu. Ada yang melihatnya sebagai keterlaluan dan kasar terutama apabila ditujukan kepada seorang Menteri Besar.

Blog Beranikan Hati yang selama ini mendiamkan diri akhirnya muncul kembali dengan tulisan yang menyanggah pandangan dari blog Zamkata. (Baca)

Bagaimana kita hendak menghadapi pilihanraya akan datang jika dalam masa bertenang ini kita menikam sesama sendiri? 

Ada pihak menganggap bahawa Menteri Besar Pahang sudah hilang sokongan apabila tiada sebarang kenyataan terbuka yang memberikan sokongan kepada beliau, namun hakikatnya Menteri Besar menerima banyak sokongan dari kumpulan politik dan NGO bagaimanapun beliau meminta mereka untuk bersabar dan bertenang kerana kes ini sedang difailkan di mahkamah.

Harap Menteri Besar Pahang jangan kecualikan juga blog-blog pro pembangkang yang turut menyebar fitnah termasuk blog Pahang Daily Online dan blog Cucu Mat Kilau untuk disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.


~ Editor






0 comments:

share2