Ipoh - Seorang penumpang maut selepas bas yang dinaiki bersama 28 penumpang lain melanggar sebuah lori treler simen di kilometer 246.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Zaiton Mohd Shariff, 59, disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dua penumpang bas turut cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan.
"Penumpang terbabit adalah Mohd Sukairi Wan Mustapha,39, patah kaki kanan manakala, Mohamad Taufiq Osman, 23, luka buku lali kanan.
"Siasatan awal mendapati, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi sebelum melanggar belakang treler simen," katanya.
Bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Perlis untuk ke Putrajaya.
Mangsa yang maut sudah dibawa ke jabatan forensik untuk bedah siasat.
Pemandu bas berusia 40 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 comments:
Post a Comment