Pahang meraikan kemenangannya mengalahkan pasukan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di stadium Bukit Jalil semalam.
Pahang mendapat jaringan seawal 15 minit separuh masa pertama sumbangan tandukan pemain nombor 10 Dickson Nwakaeme dari hasil umpanan lintang dihadapan pintu gol.
Johor bangkit dengan menyamakan kedudukan serta menambah jaringan bagi mendahului Pahang sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup.
Perlawanan berlangsung dalam suasana tegang. Bagaimanapun pengadil bijak dan dapat mengawal perlawanan dengan baik.
Begitupun, seorang pemain Pahang dikeluarkan setelah diberikan kad merah oleh pengadil kerana menumbuk perut pemain Johor hasil provokasi.
Walaupun bermain hanya dengan 10 orang, pasukan Pahang berjaya menambah jaringan dan mengheret hingga ke masa tambahan. Tiada sebarang jaringan dalam masa memaksa keputusan ditentukan dengan sepakan penalti.
4 sepakan penalti Pahang telah tmenerobos jaring gol Johor, Mat Yo mengambil sepakkan ke-4 Johor dengan ragu-ragu akhirnya gagal disudahi dengan baik serta dapat diselamatkan Penjaga Gol Pahang memberikan kelebihan kepada Pahang 4 - 3.
Sepakan akhir Pahang berjaya gegarkan jaring gol Johor memusnahkan sama-sekali harapan Johor untuk menjadi Juara Piala Malaysia kali ini.
Sepakan akhir Pahang berjaya gegarkan jaring gol Johor memusnahkan sama-sekali harapan Johor untuk menjadi Juara Piala Malaysia kali ini.
0 comments:
Post a Comment