Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 22, 2014

KUANTAN: LELAKI NAFI CURI BEG WANITA


Kuantan - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas dituduh mencuri beg mengandungi dokumen berharga dan barang kemas milik seorang wanita dalam sebuah premis di Kampung Pandan 2, di sini, 3 November lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Abd Rahman, 34 dari Felda Neram 2, Kemaman membuat pengakuan tidak bersalahnya di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mencuri barangan antaranya dua pasport antarabangsa, dua barang utas kemas dan kad bank milik pengadu, seorang wanita berusia 30 tahun membabitkan nilai kerugian kira-kira RM4,000.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3 petang, 3 November lalu.

Tertuduh ditawarkan dengan jaminan RM4,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM3,000 selepas dia membuat rayuan berhubung jumlah jaminan tersebut.

Dalam rayuannya, tertuduh memberi alasan dia kini tiada pekerjaan tetap dan masih dalam proses mencari kerja yang lebih baik.

Mahkamah menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan pra bicara kes tersebut manakala tertuduh diminta supaya melantik peguam untuk mewakilinya dalam perbicaraan kelak.

0 comments:

share2