Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 29, 2014

KUANTAN: GST BUKAN FAKTOR UTAMA HARGA HARTANAH MENINGKAT




Kuantan - Kenaikan harga rumah di pasaran hartanah tempatan bukan disebabkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semata-mata.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang, Suhaimi Mansor berkata, pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan harga pasaran hartanah bagaimanapun secara umumnya ia masih terkawal.

Menurutnya, dakwaan harga rumah akan meningkatkan dengan pelaksana GST adalah tidak tepat kerana terdapat banyak lagi faktor perlu diambil kira dalam penentuan nilai semasa harga rumah di pasaran tempatan.

“Kita perlu mengambil kira kesukaran dihadapi pemaju untuk mendapatkan tenaga kerja, kos gaji dan masalah kekurangan pekerja di tapak pembinaan.

“Masalah kenaikan harga bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata juga perlu kita ambil kira kerana ia akan membabitkan kos,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Hand Holdings GST Dalam Sektor Pembinaan di sini, kelmarin.

Seminar sehari itu disertai 260 kontraktor dari seluruh Pahang itu dirasmikan Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Pahang, Hadzri Mohd Sabri.

Suhaimi berkata, seminar tersebut diharap dapat memberikan maklumat lebih jelas kepada kontraktor dan membuka peluang kepada mereka mendapatkan pandangan daripada Kastam sebagai persiapan sebelum pelaksanaan GST pada April tahun depan.

“GST ini perlu diperjelaskan supaya pelaksanaannya kelak tidak dilihat sebagai punca kepada peningkatan harga rumah atau sektor hartanah lain.

“Saya percaya, pihak kastam sedang berusaha memberikan pemahaman mengenai GST kepada semua pihak, termasuk kontraktor di bawah CIDB,” katanya.

Beliau berkata, ramai yang mengakui belum memahami apa sebenarnya GST dan mereka sering menerima maklumat yang kurang tepat daripada pihak ketiga yang berkepentingan.

0 comments:

share2